|
Portalniaga
Online Training -
Latihan + Praktikal!
Laman Shopping Cart (Quick.Cart)
1. Penerangan Produk (Bukan
sekadar bahan bacaan)
Jika anda pernah membeli CD atau E-Book untuk
membina laman web peribadi atau laman web
perniagaan dan kecewa dengan pembelian anda
tersebut, anda pasti tertanya-tanya adakah
kekecewaan anda akan berulang dengan menyertai
kelas pembelajaran secara online yang kami
anjurkan. Kami telah mengkaji kenapa banyak
kegagalan dalam membina laman web walaupun telah
membeli banyak buku-buku yang ditulis daripada
penulis terkenal berstatus Dr. dan Proffesor serta
pensyarah-pensyarah daripada universiti tersohor
tanahair.
5 Punca kegagalan anda
sebelum ini !
-
Pertama
adalah disebabkan individu yang ingin belajar
tersebut sendiri terdiri daripada individu yang
tidak mempunyai pengetahuan asas dalam
pembangunan laman web serta kod-kod asas html.
-
Kedua
adalah dari segi bahasa yang digunakan di dalam
buku atau e-book yang memeningkan kepala
terutamanya yang menggunakan bahasa Melayu 100%.(Kenyataan
berdasarkan pengalaman)
-
Ketiga apabila
penulis sekadar menterjemahkan e-book dalam
bahasa inggeris ke dalam bahasa Melayu yang
menyebabkan makna sebenar menyimpang jauh.
(Kenyataan berdasarkan
pengalaman)
-
Keempat
kebanyakkan bahan-bahan bacaan tersebut hanya
menyediakan teori dan turut mengandungi bahan
praktikal yang tidak 'hidup' untuk kita
praktikkan.
(Kenyataan berdasarkan
pengalaman)
-
Kelima
adalah kerana anda tidak dibimbing secara
personal yang boleh memudahkan anda untuk
mempraktikkan apa yang dipelajari.


Mod.Mawaddah |
Mod.Fizan |
Mod.Ndiana |
Mod.MrsNor |
Mod.Diana_ros
Mod.Bibie |
Mod.Sal_nuar |
Mod.Nazha_n9 |
Mod.Rohaizan |
Mod.Ayied
Mod.Amida_korea |
Mod.Danis_danea |
Mod.elin8888 |
Mod.Meknor |
Mod.nene2411
Oleh yang demikian, kami
memberikan anda kelebihan dari segi perkhidmatan
pembelajaran secara online yang bukan sahaja teori
malah ditambah dengan praktikal yang 'hidup' di
internet serta disokong dengan bantuan Video
Tutorial. Selain daripada bimbingan personal, kami
juga mempastikan pembelajaran setiap peserta tidak
terhenti di sesuatu tahap yang tidak mampu untuk
diteruskan kerana setiap permasalahan akan dapat
diselesaikan. Peserta-peserta yang telah menyertai
kelas pembelajaran online terdiri daripada suri
rumah, kakitangan swasta dan kerajaan yang
majoritinya terdiri daripada individu yang tidak
mempunyai pengetahuan khusus tentang pembangunan
dan pengurusan laman web perniagaan akhirnya
bergelar WEBMASTER
yang mampu memiliki domain dan hosting sendiri!.
Kejayaan mereka membanggakan kami semua...
2. Siapa yang
perlu menyertai kelas pembelajaran ini?
Laman 'Shopping Cart' ini diperlukan oleh para
peniaga atau sesiapa sahaja yang ingin berniaga
secara Online!. Oleh kerana sistem yang ringkas
dan mudah difahami, kami yakin pengguna daripada
golongan 'Zero Knowledge' berkaitan pengurusan
laman web juga mampu untuk menguruskannya.
Jika anda salah seorang yang ingin menceburi
bidang perniagaan internet, sudah tentu anda lah
yang memerlukannya!..
3. Kenapa anda perlukan laman
'Shopping Cart'?
Laman 'Shopping Cart' adalah pemudah kepada urusan
jual beli secara online di mana anda boleh
memasukkan seberapa banyak kategori dan produk ke
dalam Laman 'Shoping Cart' anda. Selain daripada
itu, pelanggan juga mudah berurusan apabila hanya
setiap 'Klik' mereka mampu membuat tempahan kepada
anda. Pengurusan data yang tersedia juga
memudahkan anda untuk menyemak setiap tempahan
pelanggan dari semasa ke semasa. Ditambah pula
dengan sistem penghantaran email secara automatik
kepada pelanggan yang membuat tempahan yang boleh
mengandungi maklumat pembelajaran atau ucapan
terima kasih daripada anda!.
4. Kelebihan perkhidmatan yang
kami tawarkan?
Ingin kami tegaskan di sini bahawa kami tidak
menjual produk atau sistem laman 'Shoping Cart'
kerana 'script' tersebut boleh didapati secara
percuma, namun tidak berguna walaupun percuma jika
kita tidak tahu menggunakannya. Dengan inisiatif
yang ada kami menawarkan perkhidmatan pembelajaran
secara online kepada anda untuk membangunkan dan
menguruskan laman 'Shopping Cart' anda sendiri
tanpa perlu bergantung kepada mana-mana Webmaster
kerana kami yang akan menjadikan anda seorang
Webmaster!. Kelebihan dalam setiap perkhidmatan
yang kami berikan adalah berdasarkan bantuan dan
tunjuk ajar daripada
10 Orang tenaga
pengajar
yang merupakan peniaga secara online yang aktif
dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang
perniagaan online!.
5. Kelebihan kepada anda?
Setiap orang berkeinginan untuk memiliki laman
'Shopping Cart' atau laman web sendiri. Namun apa
yang membataskan anda adalah kos yang tinggi serta
kemahiran dan keupayaan untuk menguruskannya
dengan sendiri. Di sini kami memberikan anda
keupayaan yang diperlukan dan memberikan anda
lebih keyakinan untuk memiliki dan menguruskannya
sendiri!. Perkhidmatan yang kami berikan dalam
bentuk pembelajaran secara Online bukanlah sekadar
pakej yang anda langgani tetapi sehingga anda
yakin untuk memiliki alamat domain (anda.com dll)
dan hosting sendiri! kerana itu adalah matlamat
perkhidmatan kami kepada anda...
Selain daripada itu, kami menemukan anda dengan
para peserta lain dari seluruh negara yang telah
menceburi bidang perniagaan secara Online dan
dapat bertukar pendapat serta memberikan anda
ilham untuk membangunkan sesebuah perniagaan
Online.
6. Apa kata mereka yang telah
mengikutinya?
7. Demo dan Online Store para
peserta?
Belajar, Mampu menguruskan laman 'shopping cart'
sendiri dan hingga berkeyakinan tinggi untuk
memiliki 'domain dan hosting' sendiri. Berikut
adalah beberapa contoh Laman 'Shopping Cart' yang
telah dibangunkan oleh peserta program
pembelajaran secara online hingga berjaya
memperolehi mata pencapaian 5 Bintang dan memiliki
domain dan hosting sendiri :
http://www.mypermatahati.com
http://www.fizanstore.com
http://www.usahawanita.com
http://www.bazarkelantan.com
http://www.rahsiakecantikan.com
http://www.bisneswanita.com
http://www.amidakorea.com
dan banyak lagi...

Mod.Mawaddah |
Mod.Fizan |
Mod.Ndiana |
Mod.MrsNor |
Mod.Diana_ros
Mod.Bibie |
Mod.Sal_nuar |
Mod.Nazha_n9 |
Mod.Rohaizan |
Mod.Ayied
Mod.Amida_korea |
Mod.Danis_danea |
Mod.elin8888 |
Mod.Meknor |
Mod.nene2411
8. Bonus!
Info awal berkaitan Domain & Hosting
Anda tidak tahu apa itu domain da apa itu
hosting?, dengan anugerah Bonus ini anda boleh
mengikuti atau berdiskusi dengan tenaga pengajar
untuk anda benar-benar faham apa yang dimaksudkan
dengan Domain dan Hosting. Percuma kepada anda!
jangan terkejut jika khidmat ini juga akan anda
jumpa dijual dalam bentuk e-book satu ketika nanti.
Tapi ianya bukan daripada kami, kerana kami hanya
memberikannya secara percuma kepada anda!.
Tutorial Pengurusan Hosting (CPanel)
Setelah anda mahir dengan pembelajaran untuk
menguruskan Laman 'Shopping Cart', dan anda
berhasrat untuk memiliki domain dan hosting
sendiri, Kami juga menyediakan Tutorial untuk
menguruskannya. Bonus ini diberikan kepada anda
secara Percuma! dan anda dinasihatkan tidak perlu
membeli mana-mana e-book untuk menguruskan CPanel
kerana ianya hanya membazirkan wang anda!. Kenapa
masih perlu membeli jika anda boleh mendapatkannya
secara Percuma daripada kami!!.
9. Berapa yang perlu anda bayar?
Kos pembangunan sebuah Laman 'Shoping Cart' yang
lazimnya diambil oleh agensi-agensi pembangunan
laman web adalah sekitar RM499 hingga RM1500 dan
apa yang anda dapat hanya sebuah laman web dan
tidak tahu untuk menguruskannya atau terpaksa
menyelongkar sistem tersebut secara sendirian
tanpa bantuan dari mana-mana tenaga pengajar.
Mahal kan?, Jika anda rasakan ianya terlalu MAHAL
pastikan anda tidak terkejut dengan HARGA yang
kami TAWARKAN!.
dengan menggunakan perkhidmatan kami, Apa yang
akan anda dapat adalah seperti berikut :
1 Laman 'Shopping Cart'
1 Laman Pembelajaran (E-Learning)
1 Email Portalniaga
50MB Ruang Penyimpanan (Hosting)
*Percuma!
subdomain.portalniaga (http://www.anda.portalniaga.com)
Sebuah Laman 'Shopping Cart' berserta 15 tenaga
pengajar yang berpengalaman serta aktif dalam
perniagaan secara online akan membantu anda untuk
membangun dan menguruskan Laman 'Shopping Cart'
anda dengan HARGA SUNGGUH BERPATUTAN !
RM499, RM550, RM850, RM1000, RM1500
Kami tidak perlukan wang yang banyak daripada anda,
kerana kami bukan menjual sistem (script) tetapi
kami hanya menyediakan perkhidmatan pembelajaran
secara Online! kepada anda. Apa yang mampu kami
pastikan, Ilmu yang anda akan perolehi tidak
ternilai dengan jumlah yang dinyatakan di atas!.
Jadi Berapa jumlah sebenar yang perlu anda bayar??
Hanya
RM100
Yuran Pembelajaran sahaja anda layak
untuk memiliki setiap Item yang telah dinyatakan
di atas!. SUNGGUH MURAH? tapi khidmat yang
kami berikan tidak semurah kos yang anda BAYAR!.
Daftar sekarang dan nikmati kehebatan dunia
perniagaan secara Online yang akan memberikan anda
lebih keyakinan untuk terus maju...

Mod.Mawaddah |
Mod.Fizan |
Mod.Ndiana |
Mod.MrsNor |
Mod.Diana_ros
Mod.Bibie |
Mod.Sal_nuar |
Mod.Nazha_n9 |
Mod.Rohaizan |
Mod.Ayied
Mod.Amida_korea |
Mod.Danis_danea |
Mod.elin8888 |
Mod.Meknor |
Mod.nene2411
10. Persoalan yang lazim ditanya
:
a. Kenapa kos yang dikenakan terlalu murah?
Pada zaman sekarang, terutamanya persekitaran di
Malaysia, bukan mudah untuk kita mempercayai
perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan di
internet. Kerana kita belum mengenali di antara
satu sama lain. Tidak boleh salahkan anda kerana
anda berhak untuk berperasaan begitu berikutan
wujudnya laman-laman web yang menipu pengguna
internet. Oleh yang demikian, jika kami meletakkan
kos pembelajaran yang tinggi berkemungkinan besar
anda akan berasa takut untuk menyertainya kerana
risikonya tinggi. Jika kami letakkan kos yang
rendah, anda pasti mempunyai keyakinan untuk
menyertainya kerana jika tertipu sekalipun hanya
RM100 sahaja tidaklah begitu besar impaknya kepada
anda. Selain daripada itu, kami perlukan keyakinan
daripada anda terhadap perkhidmatan yang kami
tawarkan untuk membuat promosi secara tidak
langsung terhadap produk-produk perkhidmatan kami
yang lain. Jadi, menawarkan kos pembelajaran yang
rendah kepada anda bukanlah satu kerugian bagi
kami! kerana kami
pasti anda adalah seorang yang boleh menghargai
sesuatu yang akan anda perolehi...
b. Bolehkah anda terus berniaga setelah
memulakan pembelajaran?
Ya, tapi dengan keyakinan daripada diri anda
sendiri. Kami sekadar menyediakan kedai kosong
kepada anda dan anda perlu memasukkan
produk-produk dan mengubahsuai kedai anda menjadi
sebuah destinasi membeli-belah yang menarik!. Jika
anda telah berkeyakinan untuk mempromosikan Laman
'Shopping Cart' anda tiada halangan kepada anda.
Kami hanya mengajar anda bagaimana untuk
memasukkan produk, mengubahsuai laman 'Shopping
Cart', dan lain-lain kepada anda. Kebanyakkan para
peserta akan mengiklankan Laman 'Shopping Cart'
mereka setelah diisi dengan produk yang mencukupi
serta pemandangan menarik di mata para pengunjung.
c. Adakah pembelajaran ini terhad pada
waktu-waktu tertentu?
Tidak, anda boleh mula belajar setelah akaun anda
diaktifkan. Sekiranya anda mempunyai sebarang
masalah, sila buka topik yang menyatakan masalah
anda dan tenaga pengajar yang bertugas akan
menjawab untuk menyelesaikan masalah anda. Tiada
had waktu ditetapkan, anda boleh belajar pada
bila-bila masa mengikut jadual masing-masing. Jika
anda tiada masa untuk belajar secara online, anda
boleh mencetak nota-nota yang dibincangkan dengan
syarat nota-nota tersebut hanya untuk kegunaan
persendirian sahaja.
Kami mempunyai rekod pencapaian peserta dalam
tempoh kurang daripada 7 hari untuk
'menghidupkan'
laman 'Shopping Cart'
mereka! Hebat bukan?...
d. Yuran tahunan sebanyak RM20 perlu dibayar
sampai bila?
Jika anda berkemampuan untuk menyewa domain dan
hosting sendiri, yuran tahunan akan terhenti
setelah laman 'Shopping Cart' anda dipindahkan ke
domain dan hosting anda sendiri. Jika anda ingin
teruskan bersama kami, laman 'Shopping Cart' anda
akan kekal berada di bawah domain portalniaga dan
anda dikenakan yuran tahunan RM20 setahun untuk
setiap tahun yang mana ianya jauh lebih murah
daripada kadar sewa domain dan hosting sendiri
iaitu sekitar RM150 hingga RM200.
e. Dengan siapa anda boleh menyewa domain dan
hosting sendiri?
Kami juga menyediakan perkhidmatan sewa domain dan
hosting sendiri. Jika anda berkemampuan, anda
boleh menyewa domain dan hosting berdasarkan pakej
yang ditawarkan di dalam laman pembelajaran.
Urusan pemindahan laman 'Shopping Cart' anda ke
domain dan hosting anda sendiri akan dilakukan
secara PERCUMA! dan dikenakan sedikit kos
pemindahan jika anda menyewa domain dan hosting
daripada pembekal selain daripada kami.
f. Adakah Laman 'Shopping Cart' yang dibina di
bawah laman portalniaga SAMA dengan Laman
'Shopping Cart' yang akan Dipindahkan ke domain
dan hosting anda sendiri nanti?
Ya, Jaminan 100%
sama sepertimana yang telah anda
bangunkan tanpa berlaku sebarang keciciran.
Anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan
perkhidmatan ini, sila emailkan pertanyaan anda
kepada
faq@portalniaga.com dan kami akan mencuba sedaya
upaya untuk menjawab sebarang pertanyaan daripada
anda.
Sertai sekarang! OpenBatch kini
dibuka!
untuk pendaftaran, sila klik mana-mana borang
pendaftaran yang telah disenaraikan.

Mod.Mawaddah |
Mod.Fizan |
Mod.Ndiana |
Mod.MrsNor |
Mod.Diana_ros
Mod.Bibie |
Mod.Sal_nuar |
Mod.Nazha_n9 |
Mod.Rohaizan |
Mod.Ayied
Mod.Amida_korea |
Mod.Danis_danea |
Mod.elin8888 |
Mod.Meknor |
Mod.nene2411 |